Site office tmpat i keje skang ni kawasan kampung tau..so ramai la makcik2 n pakcik2 yg comel2 kt cni..makcik2 pakcik2 yang garang pun ade..tp ni nk cerita pasal yg comel2 je..hahaha..
Dekat depan site office ni, ade kedai makan, kedai cenderahati n kedai jual jajan (jajan = cekedis)..kedai jual jajan ni di usahakan oleh seorang makcik comel..selain daripada menjual jajan, setiap pagi makcik comel juga ada menjual kuih-muih yang enak2..yang paling enak sekali ialah kuih popia otak2 dan karipap..
Saya adalah pelanggan utama kedai makcik comel di mana setiap pagi saya akan membeli kuih-muih jualan nye (sehari beli singgit je)..setiap kali saya membeli kuih disitu, saya akan mengambil masa yang sedikit lama kerana saya akan berbual2 dgn makcik comel..
Makcik comel sering memberikan saya kuih extra (free tau)..tetapi saya selalu menolak dengan alasan saya sedang dlm proses menguruskan badan.. sejak makcik comel tau saya sedang ber diet, setiap hari jika saya ke kedai makcik comel, makcik comel akan memuji2 saya dengan mengatakan saya sudah nmpak sedikit kurus..terima kasih makcik comel..
Beberapa hari yang lepas, makcik comel tidak menjalankan perniagaan seperti biasa..ianya mengakibatkan saya rindu kuih2 makcik comel..tetapi saya mendapat tahu rupanya makcik comel pergi rombongan ke Langkawi..
Semalam, apabila makcik comel sudah menjalankan perniagaannya, saya dengan penuh kepochi menegur makcik comel..lantas makcik comel menceritakan pengalamannya di langkawi..dia malah menyuruh saya pergi ke sana bulan 12 kerana banyak sale..
pagi tadi, seperti biasa, saya kekedai makcik comel utk membeli kuih.. setelah membayar harga kuih tersebut, makcik comel telah membuka begnya dan menghadiahkan saya coklat..saya sangat terharu..saya hanya mengenali makcik comel utk beberapa bulan sahaja, tp mungkin kerana saya sering berbual2 dengan makcik comel, makcik comel bg coklat kepada saya..
![]() |
| Coklat makcik comel bagi |







